Thursday 28 April 2011

Jatuh bangun seseorang

Bila kita leka dengan masalah, kita pasti buka minda untuk terbang dalam dunia yang berbeda. Mungkin timbulnya satu suara "Mengapa pilih ke sana? " . Hati dan jiwa pasti merana rasa bersalah. Menyelesaikan satu masalah bukanlah satu benda yang enteng untuk kita lakukan. Kadang-kadang banyak aspek yang perlu kita fikirkan.

Bila jatuh cuba untuk bangun. Bila bangun jangan terus berundur.  Kita memang perlu ada jati diri yang kuat untuk kita bertahan dalam segala bentuk ancaman dalam hidup. Pandang kiri pandang kanan saja tidak cukup untuk menebus benteng pertahanan. Hidup ne hanya sekali. Kita kena always fight ! Kena kuat .

Bagi kawan-kawan yang aku sayang . . Sekarang dunia dah makin mencabar. Hidup kena berani, kena belajar berdiri sendiri. Walaupun sometimes kita rasa macam takut sangat tengok dunia luar... Tappi kita kena face juga . Kena berdikari. Tu sangat penting. Ok. Mungkin bukan semua orang dapat berdikari. But at least try. Jangan terlalu bergantung dengan family . Perjalanan kita lepas nie lagi mencabar. Banyak ragam manusia yang kita bakal jumpa. Banyak situasi yang kita kena alami. Macam mana nak hadapi semua tuh ? Just one answer for it. Get READY :)

Semua benda boleh terjadi, tapi bukan semua benda kita dapat selesaikan dengan enteng. Adakalanya sampai buat kita terduduk menangis. Kenapa? Just because itulah kehidupan sebenar. Masalah tak pernah lari. Hari ini kita di atas, esok lusa kita pasti di bawah. Jangan mudah berputus asa, kawan. Bila kita hadapi masalah tuh, tak mungkin xda jalan penyelesaiannya. Aku still ingat pesan kawan aku, dia cakap... apa-apapun yang terjadi. letak " SABAR" tuh paling atas. Jangan cepat melatah. Jangan cepat putus asa. Allah S.W.T tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah xbagi ujian yang tak dapat kita tanggung . For that, kita harus ingat. Dekatkanlah diri kita dengan-NYA di saat kita senang mahupun susah. Itu kunci utama .

Ok, entry aku kali ne aku tak tahu nak fokuskan kepada apa.. But setelah aku baca balik.. story aku macam more kepada kehidupan kita(budak2 yang bakal smbung study) . So, kita masuk point keluarga pula. Ya, KELUARGA. Satu aset paling berharga dalam dunia. Ya Rabb, keluarga lah orang yang paling dekat dengan kita. Ingat ayah, ibu , adik-beradik semua. Even tak semua keluarga hidup dalam keadaan yang harmoni.. Tapi cuba ambil satu minit and fikir sejenak. Keluarga adalah anugerah tuhan yang sangat bernilai . Tanpa keluarga... kita hanya berdiri sendiri. Bayangkan saja bila mereka tiada,dengan siapa kita nak tinggal? Dengan siapa kita nak bermanja?

Setiap orang kita ingat, ibu bapa sangat penting. Kita kena jaga hati dorang. Ulang ok, PENTING. Bila dah sambung study nanti, mungkin ada anak-anak yang terpaksa berpisah ngan parents dorang . Sedih kan ? Even aku sendiri takut and kena bersedia. Apa yang penting ialah, niat kita. Kita niat belajar bagus-bagus. Jangan hampakan impian orang tua kita. Bila kita di beri peluangm jangan siakan. Bila berjauhan ... jaga hubungan kita dengan keluarga, khasnya ibu bapa. Sentiasa keep in touch .

Untuk aku sendiri, aku dah dapat rasa bahang2 yang aku bakal tinggalkan mem, abah ,kaka and family to futher my study . Maybe kan ? Kita tak tahu. Aku just nak amik mood. Sebab aku kena ready benda tuh. Even aku biasa jauh2 ngan family.. tapi aku terfikir juga macam mana hidup aku tanpa keluarga. Just satu yang aku cakap ngan diri aku. Niatkan betul2 dalam hati apa yang kita mahu dan sentiasa minta berkat dengan parents. Put them on the top of ur plan. Semua plan yang kau nak buat. So, kita tak belakangkan dorang. :)

Next , pengaruh. Honestly, ini benda yang paling digeruni oleh semua orang terutamanya kaum wanita. Tanya saja ibu-ibu . Dorang pasti takut tengok anak dorang terpengaruh. Tapi itulah. Kita kena selalu ingat asal usul, tujuan utama kita buat sesuatu tuh. Berbalik kepada di atas, kita kena kuat . Mental, fizikal and semua. InsyaAllah, kita boleh. Jangan let urself di kontrol oleh kawan-kawan sangat. Kadang-kadang kita kena lebihkan kawan kan? Tapi itu "KADANG-KADANG" bukan "SELALU " . So, fikir2 kan.

Kesimpulannya, semua yang aku taip kat atas ne adalah benda yang aku akan baca and kenakan balik untuk diri aku sendiri. Aku nak kongsi dengan kawan-kawan yang lain. Biar sikit pun tak jadi masalah. At least aku cuba ajak kamu buka minda . Sharing is caring kan ? hehe. So, sama-samalah kita fikir yang mana baik dan buruk .

thanks :)

No comments:

Post a Comment